Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Jumaat, Februari 12, 2010

doa2 untuk kesuburan dan mendapat anak

Amalan-amalan suami isteri

Doa untuk dapat zuriat.

Ikutilah contoh Nabi-nabi Ibrahim dan Zakaria , masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh.



Ertinya : ‘Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’








Doa Nabi Zakaria.








http://home.hamidarshat.com/KesuburanKemandulan.htm


Doa sebelum persetubuhan.

Penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin.


Bila patut mula dapatkan rawatan?
Bagi wanita, motivasi untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin memang satu perkara yang semulajadi walaupun kadang-kala pihak suami suka menangguh-nangguhkan. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu berusaha dengan kuat untuk mendapatkan zuriat tetapi gagal. Kerana mengikut perangkaan, lebih kurang 80 peratus daripada pasangan kelamin telah hamil di akhir tahun pertama perkahwinan mereka. Jadi kalau ada pasangan yang masih gagal lagi dalam tahun pertama dan masuk ke tahun kedua, sepatutnya mereka sudah mulakan usaha-usaha untuk mendapatkan nasihat. Langkah pertama yang paling baik sekali ialah untuk mereka menemui doktor biasa (general practitioner) yang terdekat dengan rumah atau pejabat untuk mendapatkan nasihat tentang teknik mengesan waktu subur untuk meningkatkan kemungkinan hamil.

Ini termasuk nasihat seperti pemakanan.
Nasihat untuk mengurangkan tahap stress atau tekanan jiwa dan emosi
Memakan ubat-ubatan umum seperti multi vitamin.
Kaedah untuk mencatitkan suhu badan bagi mengesan waktu subur perlu dijelaskan dan nasihat waktu subur yang sesuai untuk mengadakan hubungan kelamin. Belilah alat pengukur suhu badan (Fertility/Ovulation thermometer) dari farmasi serta dapatkan penjelasan tentang penggunaannya.

Inilah langkah-langkah yang pertama, ada setengah doktor biasa yang mempunyai alat “ultrasound” yang boleh mengesan penyakit dalam alat peranakan.

Beri tempoh tiga bulan
Nasihat saya ialah bagi setiap kaedah rawatan, kita mesti beri tempoh tiga bulan untuk mengetahui samaada berjaya atau tidak. Setelah tiga bulan kita akan kaji apa langkah yang berikutnya yang sesuai bagi pasangan tersebut. Ini saya kira kerana jika satu pasangan kelamin yang subur dan melakukan hubungan jantina yang biasa dan kena pada waktunya, kemungkin isterinya hamil pada waktu itu ialah 30 peratus.

Jadi jika setelah mencuba selama tiga bulan sepatutnya telah hamil dan jika tidak, mungkin kaedah rawatan belum berkesan lagi. Oleh itu langkah berikutnya ialah untuk berjumpa pakar sakit puan untuk mencuba kaedah yang lain.


Pemeriksaan Peranakan



Yang penting sekali ialah pemeriksaan peranakan. Pemeriksaan peranakan wanita tidak lengkap tanpa pemeriksaan 'vagina' atau faraj. Pemeriksaan melalui faraj merupakan satu perkara yang agak sensitif. Dari segi pesakit saya kebanyakannya tidak ada masalah, jarang sekali wanita yang tidak mahu diperiksa peranakannya melalui faraj. Mungkin ada sebilangan kecil sahaja yang terlalu malu dan dengan itu saya tidak memaksa mereka untuk melakukan pemeriksaan melalui faraj.

Pemeriksaan 'ultrasound' yang dilakukan melalui faraj yang dipanggil 'Vaginal sonography' adalah sangat penting sekali bagi banyak tujuan. Pertama untuk mengesan samaada rahimnya normal atau ada ketumbuhan, samaada kedudukan rahimnya normal atau mungkin terbalik kearah tongking (retroverted). Keadaan rahim yang demikian sering dikaitkan dengan peyakit ‘endometriosis’ , khususnya jika haidnya disertai dengan senggugut. Biasanya kedudukan rahim yang normal adalah ke hadapan iaitu ke arah perut. Ultra-sound scanning juga boleh menilai samaada ada ketumbuhan pada ovari atau tidak, samaada ada cyst atau tumour.



Yang terpenting bagi kegunaan ‘ultrasound sonography’ ialah untuk mengesan telur. Bagi mereka yang sedang menjalani rawatan kesuburan, dan jika ingin mengesan waktu subur bagi tujuan untuk membuat suntikan benih (artificial insemination). Ultrasound juga penting bagi mereka yang sedang menjalani rawatan canggih, bayi tabung uji seperti GIFT atau IVF untuk menentukan pematangan telur.

2 ulasan:

nza berkata...

wah brtukar colour la...sejuk mata memandang.....
Bagus la umi amalkn....nnti alya dpt adik lg..insyallah.

UMILIYA berkata...

betullah kak nza..hijau kan warna di syurga,,,sejukkan macam.....umah kak nza tu..sekarang...adik umi pun guna colour cat umah kak nza gak heheheh

insyallah doa2 kan ekk

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...