Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Februari 10, 2010

Berakhir sebuah impian

salam..tetiba..tersentuh hati kecil ini..bila pepagi agi..umi menjengguk blog nyer..ermm terbaca lak entry ni..betul2 dan reality..tapi bukan terkjadi kepada penulis blog ni..tetapi sahabatnyer,,,buat..renungan bersama...ermmm..tq..tuan punya blog...sharing..maklumat yg cengini ekkk..sebagai pengajaran dan ikhtibar buat kita semua..jgn terlalu leka dgn kehidupan..di dunia ni.

http://resepirahsiaku.blogspot.com/
 Malam ini penulis mengabadikan posting ini kepada seorang sahabat yang sekian lama bersama penulis ke hulu ke hilir dan beliau juga kata orang "kawan yang ketawa bersama dan menangis bersama". Masih ada lagi lelaki Melayu yang baik pernah penulis temui sebelum ini. Tiga bulan yang lepas, penulis kehilangan seorang sahabat yang baik. Beliau kembali kerahmatullah.(Tak Mampu Ku Hindari). Baca kisah ini kepada pembaca yang baru dengan blog ini.

Sahabat ini pernah penulis cerita dahulu dalam posting bertajuk "isteri curang". Tapi kisahnya berakhir semalam dan penulis mengetahuinya melalui sms yang dihantar jam 3.53 petang. Ayatnya begini "Man dah lepas kn talak 1, pada mah tengah hri tdi. Man akan ke ipoh esuk pgi. A long dan k long man mhon rbuan kemaafan dri hjung rmbut, hingga kki, hlal kn sgala mkn dan minum man slama ini". Penulis dan isteri dipanggil Abang dan Kak Long oleh sahabat ini. Semasa membaca sms tersebut penulis menjadi sebak dan hiba kerana sebelum ini penulis suami isteri telah berusaha untuk membetulkan dan menyelamatkan rumahtangga mereka, apakan daya. Allah SWT yang berkuasa menentukan takdir mereka walaupun berbagai usaha dibuat sebelum ini.

Untuk sementara waktu ini kedua-dua anak mereka, yang sulong 7 tahun , ayahnya ambil tetapi ditinggalkan dengan bersama datuknya dan yang anak bungsu 8 bulan bersama ibunya. Jika dinilai dari luar siapa akan sangka rumahtangga yang aman damai diindahkan lagi dengan lanskapnya dan dihiaskan cantik luar dan dalam oleh suaminya. Penulis tidak pernah nampak pasangan ini bermasam muka atau bergaduh selama ini.

Rumahtangga yang nampak aman dari luar tak semestinya bahagia dari dalam. Sahabat ini, penulis kategorikan seorang lelaki yang baik, tidak minum arak, selalu ke masjid mendengar ceramah agama, tidak beli nombor ekor mahupun berjudi dan tidak mengambil dadah yang penulis kenal selama 12 tahun. Sahabat ini juga tidak pernah menengking isterinya sebaliknya beliau yang kena tengking kalau buat silap. Panggilan sahabat ini kepada isterinya "Ayang" walaupun dalam masa tengah krisis. Penulis tidak pernah memanggil isteri "ayang" dari dulu sampai sekarang dan merasa janggal kerana mungkin kami bukanlah pasangan romantika. Cuma di dalam kamar sahaja itu pun masa...paham-pahamlah. Mungkin sahabat ini boleh dikatakan diklasifikasikan di "Queen Control" oleh isterinya. Kalau A kata isteri maka A kata suaminya juga.

Nasib orang kadang-kadang beginilah, ada yang dapat isteri yang baik si suami buat perangai pulak, ada "sparepart" keliling pinggang walaupun isterinya cantik macam bidadari. Nak gambarkan artis, kena saman berjuta tak lalu nak bayar pulak. Begitu juga si isteri, dapat suami yang baik,tidak keluar rumah dah macam orang gaji pun, si isteri masih tak hargai si suami tapi cari lelaki yang tak berguna pulak jadi "sparepart" kononnya boring dengan suami yang baik. Tak fahamlah cita rasa si isteri yang macam ni. Itu sebabnya dalam neraka banyak perempuan-perempuan begini berbanding lelaki yang disebutkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.

Penulis pun bukanlah baik kata perpatah Melayu "pijat semut tak mati". Sebab penulis pun tidaklah "perfect" tapi tahu kat mana had-hadnya disebabkan anak-anak yang ada, isteri yang sanggup berkorban dimasa susah dan senang, menjadikan ikatan perkahwinan ini keutamaan dalam hidup. Penulis suka menasihatkan kepada pembaca yang datang ke blog ini supaya muhasabahkan diri dan dekatkan diri kita dengan Allah SWT selalu.

Diantara sifat yang mesti kita hindari dan jauhkan adalah "Jangan panjang citi-cita". Ia akan mendekatkan diri dengan maksiat. Maknanya panjang cita-cita iaitu berangan dan tidak puas dengan apa yang dimiliki. Menjadi tamak haloba dan tidak pernah rasa cukup dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT berikan. Jadi untuk menjernihkan hati. Ingat empat perkara iaitu Mati, Kubur, Azab dan Hari Akhirat. Kata Al ustaz. Sekiranya seseorang itu tidak ingat lagi kepada empat perkara ini maka dia akan menjadi "keras hati". Tidak akan mendengar nasihat orang lain langsung dan seolah-olah tidak pernah beriman sebelum ini dan juga sampai bila-bila pun akan lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepada keluarga dan perintah Allah SWT. Sebab itu kita digalakkan melawat orang yang sakit dan menziarahi kubur supaya mengingatkan kita kepada Mati.

Pagi tadi, penulis sempat berjumpa buat kali terakhir dengan sahabat ini yang akan berhijrah ke Ipoh membawa sekeping hati yang luka, hancur berderai dengan kisah sedihnya. Penulis menasihatkan beliau buat kali terakhir padanya "Man jangan pandang ke belakang lagi". "Jangan menjilat ludah sendiri selepas ini". Bina hidup baru di tempat baru. Mana tahu pulak si isteri bila dah bercerai dan bergelar janda, ada yang gila talak, baru sedar diri atas kesilapan dia kepada bekas suaminya. "Nasi sudah menjadi bubur".

Dan akhir sekali penulis ingin menasihatikan diri sendiri dan kawan-kawan. Kita perbetulkan kesilapan kita selama ini yang kadang-kadang kita tidak sedari sama ada disukai oleh isteri atau suami. Kepada isteri-isteri yang membaca posting ini, pandang cermin dan berubah dari baik kepada yang lebih baik lagi dalam hidup ini. Semuga rumahtangga kita kekal sehingga akhir hayat seperti kedua ibubapa kita.






2 ulasan:

nza berkata...

gitlh alam rumah tangga, xsentiasa aman n trkadang dilanda badai...kekdg dr luaran nmpk bahagia ttp ada racun brduri....Nauzubillah......

UMILIYA berkata...

nauzubillah...betul tu kak nza kan kan kan

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...