Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Februari 28, 2010

Bapa Wajar Tanggung Nafkah Anak Sehingga ke Peringkat Universiti

  Soalan:
Saya telah bercerai dengan isteri pada bulan Jun yang lalu. Saya mempunyai tiga orang anak; yang sulung adalah perempuan berumur 18 tahun, bakal melanjutkan pelajaran di Universiti, yang kedua adalah lelaki berumur 15 tahun, belajar dan anak yang bongsu adalah perempuan berumur 4 tahun. Hak penjagaan anak-anak saya diberikan kepada bekas isteri dengan perintah mahkamah. Saya tahu menjadi kewajipan saya sebagai bapa mereka untuk memberi nafkah anak walaupun saya telah bercerai dengan isteri saya. Soalan saya ialah, sampai bila saya perlu memberi nafkah kepada anak-anak saya? Adakah saya perlu memberi nafkah kepada anak sulung walaupun dia sudah baligh? Bagaimana Mahkamah menentukan jumlah nafkah terhadap anak-anak? Abah Abooya Melaka Jawapan: Hukum Syarak mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang menyatakan “…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya…” Untuk makluman saudara, undang-undang keluarga termaktub di bawah undang-undang negeri. Oleh itu, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 terpakai memandangkan saudara menetap di Melaka. Seksyen 73 Enakmen tersebut memperuntukkan bahawa bapa berkewajipan untuk menanggung nafkah anak dalam apa jua keadaan walaupun hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri. Nafkah yang dimaksudkan adalah merangkumi tempat tinggal, pakaian, makanan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. Merujuk kepada soalan yang diajukan iaitu mengenai tempoh pemberian nafkah kepada anak-anak saudara. Jumhur Fuqaha berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat: 1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan. 2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya. 3. Bapa itu mampu memberi nafkah. Berdasarkan pendapat Fuqaha dan proviso tersebut, maka bapa wajib memberi nafkah untuk keperluan perbelanjaan seharian dan pembelajaran dan lain-lain keperluan mereka. Manakala seksyen 80 Enakmen tersebut memperuntukkan bahawa hak anak-anak terhadap nafkah akan terhenti apabila anak itu mencapai umur 18 tahun. Tetapi seksyen ini juga membenarkan Mahkamah, atas permohonan anak, atau seseorang lain, untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah tersebut bagi membolehkan anak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk mengikuti latihan lanjut. Seperti yang dinyatakan di atas, bapa sememangnya berkewajipan dalam memberi nafkah terhadap anak-anaknya sehingga anak tersebut belum berkahwin bagi anak perempuan. Bagi nafkah anak sulung saudara, adalah wajar bagi saudara memberi hak nafkah terhadapnya walaupun telah baligh. Ini adalah selari dengan keperluannya dan keadaannya yang masih lagi belajar di Universiti. Merujuk kepada kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah, dapat dinyatakan di sini bahawa sesuatu kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah tidaklah kekal dan boleh diubah. Perubahan kadar nafkah tersebut adalah berdasarkan kepada kemampuan bapa, keperluan anak-anak tersebut dan taraf ekononomi semasa. Perkara ini terdapat di bawah peruntukan seksyen 67 Enakmen tersebut. Contoh kes yang berkaitan dengan perubahan nafkah ini, kes Fatimah v Shaikh Mohamed (1977) 1 JH(1) 39, Mahkamah telah mempertimbangan taraf hidup di Kuala Lumpur dan berpendapat bahawa kadar lama sebanyak RM90 tidak mencukupi untuk menampung kehidupan anak itu dan telah menaikkan kadar nafkah kepada RM110 sebulan. Permohonan untuk mengubah perintah ini boleh dibuat oleh orang yang memberi nafkah, orang yang menerima nafkah, dan bagi anak yang belum baligh, penjaganya. Sebarang maklumat lanjut, saudara boleh menghubungi pihak kami. Sekiranya saudara masih tidak jelas berkenaan prosedur perceraian ini, dinasihatkan agar mendapatkan khidmat guaman sama ada daripada Biro Bantuan Guaman atau Pusat Bantuan Guaman atau mana-mana peguam syarie bagi mendapatkan nasihat berhubung dengan prosedur tersebut. (Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel: telenisa@sistersinislam.org.my)
Nafkah Anak - Terhenti Setelah Suami Berpindah Monday, 21 May 2001 Soalan: Saya telah bercerai pada tahun 1999. Saya mempunyai tiga orang anak. Mahkamah telah memberi saya hak penjagaan dan memerintahkan suami membayar nafkah secara potongan gaji. Pada tahun 2001, bekas suami telah berkahwin dan berpindah ke Sabah. Sejak dari itu nafkah anak telah terhenti. 1. Dan kini saya ingin membuat tuntutan nafkah tetapi malangnya saya tidak tahu siapa majikan sekarang. 2. Saya telah bertanya dengan saudara-mara bekas suami, malangnya mereka tidak tahu atau mungkin enggan bekerjasama. * Saya pernah mengajukan soalan ini kepada bekas suami, tetapi dia berkata dia tidak ada duit dan tolong faham situasi dia sekarang. 3. Saya ada membuat aduan kepada Mahkamah syariah, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada alamat. 4. Malah saya telah dapat perintah Mahkamah untuk mendapatkan alamat majikan bekas suami melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali lagi saya kecewa kerana pegawai berkenaan mengatakan mereka tertakluk kepada etika kerja dan segala maklumat adalah rahsia rasmi. 5. Dan kini saya akan membuka kes ini di Biro Bantuan Guaman tetapi peguam di sana mengatakan susah untuk berurusan sebab tiada alamat. 6. Oleh itu saya perlukan pandangan dan nasihat dari pihak tuan/puan mengenai masalah ini dan kepada siapa lagi perkara ini boleh dirujuk. Dan sekiranya bekas suami tidak bekerja, hidup atas ehsan isteri sekarang adakah dia terlepas dari tanggungjawab ini. Yang musykilnya, saya tengok dia sihat dan sesekali pulang ke Semenanjung dengan kapal terbang, kenapa dia kata dia tidak bekerja... Maria Suffian, Kuala Lumpur Jawapan: Nafkah seorang anak adalah merupakan hak anak tersebut. Adalah amat aib apabila seorang bapa yang mampu memberi nafkah, dengan sengaja tidak memberi nafkah. Walaupun anak kini di bawah jagaan ibu, tidak bermakna bapa boleh lari dari tanggungjawabnya. Nafkah tersebut adalah bagi anak dan sememangnya ia amat diperlukan. Malah ia juga boleh dianggap sebagai pengerat hubungan bapak-anak kerana ia menunjukkan bahawa bapa masih bertanggungjawab ke atas anak walaupun hubungan suami-isteri telah terputus. Puan telah memberi kami Perintah Mahkamah yang puan terima, tetapi dokumen tersebut bukanlah suatu perintah yang perlu dipatuhi oleh KWSP. Dokumen tersebut hanyalah satu surat permohonan daripada Mahkamah meminta maklumat majikan bekas suami puan yang terkini. Oleh itu, seperti yang telah dinyatakan oleh pegawai KWSP kepada puan, pihak KWSP tidak perlu untuk mematuhi permohonan dan memberi maklumat yang dipinta. Apa yang boleh puan lakukan sekarang (dengan anggapan bahawa bekas suami bekerja) ialah puan boleh memohon ke Mahkamah suatu Perintah terhadap KWSP untuk memberi alamat majikan yang terkini bekas suami puan. Ini adalah satu permohonan yang baru dan tidak berkaitan dengan perintah nafkah yang puan telah terima. Perintah ini boleh dipohon dengan merujuk kepada Aturan Aturan 244, Akta tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998, yang mana memperuntukkan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat apa-apa perintah bagi menegakkan keadilan. Apabila perintah tersebut diperoleh, langkah berikutnya, puan perlu memohon kepada Mahkamah untuk mengubah perintah yang terdahulu supaya potongan gaji boleh dikuatkuasakan ke atas majikan terkini bekas suami puan. Ini adalah kerana jika puan merujuk kepada perintah yang telah puan peroleh, ia adalah kepada majikan dahulu. Oleh itu nama dan alamat majikan haruslah diubah. Permohonan ini boleh dilakukan di bawah seksyen 75 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang memberi Mahkamah kuasa untuk mengubah perintah nafkah anak-anak puan. Sekiranya suami puan tidak bekerja (Seperti yang telah beliau maklumkan kepada puan) atau pun puan tidak dapat menghubunginya tidak bermakna tiada waris lain yang boleh membantu. Seksyen 73(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 boleh digunakan. Seksyen ini memberi Mahkamah kuasa untuk memerintahkan seseorang yang bertanggungjawab di bawah Hukum Syarak, membayar nafkah anak-anak puan. Mereka adalah bapa saudara atau datuk dari keluarga bapa. Ini adalah kerana menurut Hukum Syarak, sememangnya terdapat seorang yang bertanggungjawab ke atas nafkah anak-anak. Ini juga adalah berkaitan dengan pemberian bahagian yang lebih besar kepada kaum lelaki dalam pembahagian harta. Oleh itu puan boleh memohon dengan alasan bahawa bapa kini tidak mampu untuk menyara anak dan oleh itu waris adalah bertanggungjawab. Permohonan ini tidak bermakna bahawa puan tidak mampu untuk menjaga anak puan. Perkara ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh bapa dan jika dia enggan, waris harus menjalankan tanggungjawab tersebut. Sememangnya melecehkan dan mungkin mengambil masa untuk menuntut hak bagi pihak anak tetapi jika ia tidak dituntut anak hak anak tidak akan terlaksana. Demi memastikan hak anak-anak puan terpelihara, dinasihatkan supaya puan membuat permohonan ini di Mahkamah dengan segera. (
l

1 ulasan:

dian sira berkata...

Salam,
saya ingin bertanya sesuatu yang saya tidak pernah mengerti sejak dari dulu lagi. Adakah haram kalau seorang ibu memakan naskah anak2nya yang diberikan oleh bapa mereka selepas penceraian.Masalahnya disini, setiap kali sang anak menegur ibunya, ibunya menjawab," aku makan duit bapa mu karena dulu bapamu tidak menghantar ap2 naskah buatmu. ini untuk menggantikan duit2 aku yang pernah aku berlanjakan ke atas kamu dahulu.Biar balik modal". Di harap anda bisa memberi jawapan karena saya sudah hidup selama 22 tahun dan masih tidak mengerti masalah yang menimpa diri ini.terima kasih.

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...