Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Followers

Ahad, Februari 21, 2010

BAGAIMANA NAK MENDAPAT ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH

Apabila mati seseorang anak Adam, maka ada tiga perkara yang dapat membantunya di alam barzakh:
1. Anak yang soleh.
2. Amal Jariahnya.
3. Ilmu yang ditinggalkan.
Setiap ibu bapa selalu berdoa supaya mendapat anak yang soleh / solehah apabila anak itu besar nanti.
Ada yang menghantar anak-anak ke Sekolah Agama atau pondok-pondok Agama supaya apabila keluar nanti menjadi seorang ustaz/ustazah.
Alhamdulilah, berkat kesungguhannya mendalami ilmu agama, dan dia menggunakan pula ilmu itu(mengamalkannya) maka jadilah dia anak yang soleh bila dia besar nanti.
Tetapi, kita perlu memahami bahawa seorang anak yang soleh bukan dari bidang agama sahaja.
Walaupun dia seorang jurutera hatta dia seorang tukang cuci sekalipun, sekiranya dia menurut perintah Allah SWT, tidak menderhaka kepada kedua ibubapanya dan selalu berdoa kepada
Allah supaya kedua ibubapanya diampunkan dosa dan dijauhkan seksaan kubur serta selalu menghadiahkan bacaan surah-surah daripada Kitab al Quran ul Karim maka anak itu tetap dikategorikan anak yang soleh.
Sekiranya dia berkelulusan tinggi dalam bidang agama sekalipun namun dia tidak menghormati ibubapa, saudara, atau kawan-kawannya dia bukanlah anak yang soleh seandainya sering sahaja memandang rendah kepada orang lain yang kurang pendidikan agama.
Ini lah yang paling malang sekali kerana timbul sikap riak dan ini banyak berlaku disekeliling kita dalam masyarakat sekarang.
Kalau tengok pakaian sahaja dengan serban dan jubah , masyallah cukup warak tetapi tidak bertegur sapa dengan jiran-jiran mahupun kawan-kawan, inilah manusia yang paling celaka dalam dunia oleh Allah SWT.
(Baca bab 4 jenis manusia yang celaka oleh Allah SWT) Pakaian bukan ukuran kepada tingginya agamanya.
Tetapi sunat mencontohi pakaian yang dipakai oleh Rasulullah SAW.
Oleh yang demikian tak semestinya anak yang soleh atau solehah datang dari sekolah Agama atau pesantren.
Pendidikan yang asas mestilah datang dari Ibubapa dahulu sebelum kita menghantar mereka ke mana-mana untuk menjadi anak yang benar-benar soleh.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPAT ANAK YANG SOLEH
1. Sebelum pernikahan.
Kita bertaubat atas segala kesalahan yang pernah dilakukan dahulu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi semata-mata kerana Allah untuk mendapat kebahagian rumah tangga.
2. Malam pertama dan malam-malam yang sewaktu dengannya.Jangan ikut budaya barat. Ikut cara islam bila berjimak iaitu menutupi badan ketika berjimak, tidak terlanjang. Bersabar. Sebelum memulakan jimak, mulakan dengan Bismillah dan baca doa Berjimak. Ada sesetengah orang tua kata kalau boleh Azan dulu. Terpulang tetapi bacalah supaya syaitan dan iblis tidak turut serta masa berjimak.
3. Ketika mengandung.Si suami memperbanyakkan amal dan selalu mengaji untuk si anak di dalam perut. Si isteri/ibu pula membacakan surah yang penting kalau tak sempat nak baca semua seperti Surah Al-Imran dan Surah Yusuf. Cuba bayangkan dalam mengandung tu, baca al-Quran tu sure katam al-quran nye bila anak dah lahir nanti.
Pakaian si ibu ketika mengandung.
Ketika mengandung jangan jadikan alasan nak pakai baju mengandung tapi singkat sana singkat sini. Orang tua kata nanti masuk angin kalau dedah sana sini.
Apa susahnya, beli baju mengadung labuh sampai buku lali lepas tu pakai stokin. Untuk kesihatan diri jugak.Kalau ibu masa mengandung suka tengok tv cerita kartun doraemon. Anaknya mungkin besar nanti perangai macam kartun doraemon.
4. Ketika sedang melahirkan anak.Si bapa sepatutnya berada bersama si isteri di dalam bilik bersalin untuk menenangkan si isteri. Kalau nak tau ada doktor cakap kalau si isteri dapat tengok muka si suami bersama di dalam bilik bersalin, dia senang bersalin. Lagi satu waktu tu ingat Allah, selawat,istighfar, berzikir kalau boleh.Bukan melolong dan menjerit sebagaimana yang dibuat oleh orang barat. Apa mak kita boleh bantu time tu.Hanya Allah SWT yang dapat membantu kita.
5. Waktu anak selamat dilahirkan.Orang sekarang biasanya dah lupa bila dah nampak anak dah lahir tak pun pengsan tengok darah. Sepatutnya perkataan pertama keluar dari mulut suami ialah Alhamdulillah. Lepas tu jangan lengah2 mintak kat Nurse tu anak korang lepas tu azan kan bagi yang lelaki dan iqamah bagi perempuan. Ini tak kadang kadang dah lama baru diazankan.Anak tu dah dengar lagu dan hiburan baru nak diazan/iqamah kan. Mana tak anak suka AF,Mentor,OIAM.
6. Buat aqiqah.Yang in aku tak berapa arif sangat. Tapi ramai lupa. Sepatutnya anak-anak kita waktu kecil di aqiqah kan bukan dah besar. Sebagai membekalkan haiwan tunggangan di akhirat kelak.
7. Lahir sampai umur 2 tahun.Ini pun ada jugak buat silap. Ikut zaman nabi, ibu susukan anak sampai 2 tahun.Susu ibu tu banyak mengandungi zat zat yang berguna untuk anak serta dapat mencegah kanser payudara. Tetapi kita baginya susu tepung seperti susu tepung nesprey atau Lactogen. . Selepas tu tak ada duit sebab beli susu tepung yang mahal. Susu ibu percuma
.8. Namakan anak yang ertinya yang baik.Kita biasakan dia dengan panggilan yang baik. Kalau bagi nama, bagi nama yang ada makna yang elok elok dalam Islam.Bayangkan kita panggil dia "maksudnya Yang Pemurah", setiap orang panggil nama yang sama.Itu umpama mendoakan anak kita menjadi seorang yang permurah. Dari kecil ajar anak mengaji.Tutup aurat.Ajar solat. Ibu bapa sekarang pakaian kan anak skirt, seluar pendek. Ada yang disimpan rambutnya ada ekor.Dah besar pakai macam tu dia orang marah lak. Nanti anak balas balik, Siapa suruh masa kecik-kecik pakaikan macam tu.
9. Alam persekolahan.Saat pertama persekolahan, iaitu memperkenalkan anak dengan dunia persekolahan, pastikan anak dapat ilmu agama secukupnya. Kalau boleh mak bapaknya sendiri ajar ilmu agama. Kalau kurang hantar kat tok guru yang berdekatan.
10. Remaja.Bila remaja, anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Jadi kita mesti jadi rakan,kawan dan ibu bapa kepada anak-anak.Bukannya biar anak takut kita tapi biarlah dia menghormati kita. Mak kalau boleh kongsi masalah anak perempuan. Ajar tentang datang bulan dan aurat tentang wanita Islam. Ayah kena ambil tau masalah anak lelaki mereka. Nasihati anak dengan bahasa yang lembut. Jadi seperti kawan mereka.
11. Dewasa.Bila dah dewasa tanam ilmu agama dan hormat ibu bapa sejak kecil lagi insyallah sampai dewasa anak-anak akan kenang mak abah sebagai seorang kawan yang amat rapat.Bukan seorang guru yang garang.Insyallah segala apa yang aku kongsi ni akan berguna pada mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan dan telah berumah tangga.Mana-mana ibubapa yang tidak sempat buat.
Berdoalah kepada Allah SWT selalu supaya diberi Allah SWT anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh seperti dalam kisah Nabi Musa a.s. Anak yang membela kedua-dua ibubapanya yang ditukar Allah SWT menjadi babi kerana melakukan dosa besar.
Jangan biarkan anak-anak kita hanyut dan terbiar sampai menjadi sampah masyarakat, satu hari nanti kerana kita akan diseksa di dalam kubur sekiranya anak-anak kita di muka bumi ini melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Sekarang tanya pada diri kita sendiri. Adakah kita ini anak yang soleh kepada ibubapa kita?Wallahu’alam [...]

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...