Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Ahad, Februari 14, 2010

AYAM... BAKAR MADU






Bahan-bahannya

4 ekor ayam spring chicken



Bahan untuk dikisar

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

2 batang serai

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

¼ inci lengkuas

2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)

1 biji bawang besar

2 sudu besar air limau kasturi

3 sudu besar gula pasir

3 sudu besar gula timbang

3 sudu besar madu

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

Cara-caranya



Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.

Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.


AYAM KUKUS


Sumber: Smile



Bahan-bahannya

300gm ayam

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 batang serai (ditumbuk)

sedikit halia (ditumbuk)

sedikit lada sulah

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil kicap pekat

lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil)

beberapa cili padi (dipotong)

sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)

garam secukup rasa



Cara-caranya

Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.

Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.

Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.



Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah.


3 ulasan:

nza berkata...

dpt lg tmbah koleksi resepi...TQ umi...

UMILIYA berkata...

eheheheheh umi baru jer..... try masak tadi besttt ..alya 3 kali tambah..nanti umi taruk lagi resepi ekkk

captbokkhari berkata...

salam,

Nampak sedap dan garing ayam tu. Nak nampak cantik sapu dgn planta selepas masak.
Nak try resepi ni esok kalau sempat. Ni baru di kata isteri solehah, masak pandai, agama pulak tak tinggal dgn post yg byk istiqomah....teruskan Abahumiliya

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...