Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Rabu, Disember 23, 2009

sape yg minat menjahit

WWW.CORETANSENI.BLOGSPOT.COM
cikgu ooo cikgu...ermmm hari tu...umi ke pameran kat ttc..kuala terengganu....dah saat akhir baru tau..kat situ ader lah banyak...program..belajar menjahit dan...deco..semua2 tu umi minat sesangat ....ermm tp sayang masa suntuk....semua terlepas..ermmmm, WWW.CORETANSENI.BLOGSPOT.COM inilah dia...puan zila kiter ermmmm..yg cekal dan tabah....
..foto2 kat bawah ni..copy paste je..dr blog...puan zila_kasim..harap maaf ya..sebab umi nyer gambar2 dr nikon..semua terdelete di sebab kan..virus kanoha huhuhuhu..takder rezeki....ermmmm
rakan kongsi.....zilakasim..puan tuty....ermmm,yg sempat umi berkenalan hehehe http://lovely-florahouse.blogspot.com/
nak tau citer2 menarik tentang...jahit2 menjahit ni..jom aahh jengguk blog memasing hehehe seronok.,..tertarik dan menarik keh keh

decooo..

Utk Renungan Bersama ...

Utk Renungan Bersama ... Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?' 'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

ERMM PROGRAM SEMASA CUTI SEKOLAH

umi lom kemaskan bilik alya agi..tak sempat sgt  hpbby masa lapang...erm barbiee game dress up...

ERMMM siap bawak mainan die..ermm

,,,

HERBA2

Daun Batu Ginjal Untuk merawat batu karang  

Misai Kucing Untuk Rawatan Darah Tinggi

Akar Patawali Untuk Rawatan Kencing Manis

PESANAN TUAN GURU

Pra Syarat Sebagai Perawat (Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005) 1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu; i. Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak. ii. Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik. iii. Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin. iv. Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja. v. Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang. vi. Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.   2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya. 3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.  4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.  Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang Baik (Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005) 1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari. 2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan. 3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu. 4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak. 5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit. 6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya. 7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari kesembuhan. 10 Perinsip Asas Rawatan Islam (Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005) 1. Ada penyakit , ada ubat. 2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya. 3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala. 4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan. 5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit. 6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit. 7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;   i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).   ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.   iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan. 8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya) 9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan. 10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.  Pengijazahan Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan ke-17.  1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan. 2. Berlajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

http://www.darussyifa.org/

SUMBANGAN DERMA ORANG RAMAI UNTUK PERKEMBANGAN DARUSSYIFA’ SANGAT DIALU-ALUKAN Kepada semua pengunjung laman web Darussyifa’ Online yang dihormati sekalian. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua.  Ramai daripada kalangan pengunjung laman web ini yang bertanyakan tentang bayaran untuk mendapatkan rawatan di Darussyifa’. Ingin diperjelaskan di sini bahawa rawatan yang diberikan di Klinik Darussyifa’ di seluruh Malaysia adalah PERCUMA. Darussyifa’ tidak mengenakan atau menetapkan sebarang bayaran untuk sebarang khidmat rawatan yang diberikan. Bagaimanapun pihak Darussyifa’ tidak menolak sebarang sumbangan atau derma yang dihulurkan untuk tujuan pembangunan dan perkembangan Darussyifa’. Malahan Darussyifa’ sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada Darussyifa’ bagi tujuan urusan Pentadbiran, Penyelenggaraan Bangunan, Pembayaran Pelbagai Bil, Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa’. Untuk tujuan sumbangan ke Tabung Dana Darussyifa’ orang ramai boleh menyalurkan derma tersebut ke akaun seperti berikut; Akaun Bank Islam: Nama: Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia Akaun No: 12029010004161 Jika tuan-tuan menyalurkan derma menggunakan online banking, silalah hantar maklumat transaksi tersebut ke email alsyifa@streamyx.com Selain daripada itu Darussyifa’ juga mempunyai aktiviti dakwah kepada orang-orang bukan Islam. Aktiviti ini di jalankan dibawah Unit Dakwah Darussyifa’ yang di ketuai oleh Ustaz Mohamad Fitri Abdullah. Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti unit ini sila KLIK DISINI (http://www.darussyifa.org/UnitDakwah.php) Unit Dakwah ini juga memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya, justeru itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyalurkan derma untuk perkembangan unit dakwah ini. Sumbangan untuk unit dakwah ini boleh disalurkan melalui akaun seperti berikut; Akaun Bank Islam Nama: Unit Dakwah Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia Akaun No: 12029010036913 Selain daripada itu Darussyifa’ masih mengharapkan agar orangramai dapat menghulurkan bantuan bagi membantu untuk menampung kos pembinaan pembesaran Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Bantuan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk Wakaf Bangunan dengan kadar RM100.00 sekaki persegi. Untuk maklumat lanjut sila KLIK DISINI (http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=27) SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI SUMBANGAN ANDA SEMUA

Bergurau Dengan Anak

CUBA ingat kembali, dalam membesarkan anak adakah anda lebih banyak marah dan memperli atau mempamerkan wajah manis, ceria dan bergurau dengan anak anda? Lazimnya, anak kecil sering bergaduh kerana berebutkan barang, tempat atau ejek mengejek. Sukar untuk menahan sabar dengan kerenah anak yang tidak henti-henti bercakaran sesama sendiri disebabkan perkara remeh dan kemudian menjadikan ibu bapa tempat mengadu dan hakim yang mengadili sesuatu perkara. Bagaimana mahu mencipta suasana selesa dan harmoni dalam rumah tangga? Gurauan dan bermain dengan anak adalah antara kaedah untuk menceriakan kehidupan berkeluarga. Ibu bapa boleh bergurau dengan anak ketika sedang bermain, di meja makan, berehat atau bersukan. Bergurau dapat melegakan tekanan bukan saja untuk diri sendiri malah dapat menggembirakan hati anak. Hati anak yang ceria menyebabkan mereka menjadi seorang yang bersemangat, berdisiplin, berakhlak baik dan berfikiran positif.  Jika anak sedang bergaduh, menangis sambil mengadu sikap abang atau adiknya, sesekali anda boleh melayan aduannya dalam bentuk gurauan. Anak yang kalah dalam pergaduhan itu kerana mungkin berhenti menangis, sebaliknya ketawa melihat telatah anda yang lucu hingga terlupa perkara yang membuatkan dia geram tadi. Mungkin berlawak adalah perkara spontan atau sifat semula jadi yang tiada pada anda, tetapi anda juga boleh melakukannya dengan terancang apabila melihat anak bersedih dengan niat mahu menghiburkan hatinya. Luangkan masa bermain dengan anak.
Ketika bermain atau bersukan, keseronokan datang apabila anda dan anak saling bergurau. Sewaktu bermain kejar mengejar atau lumba lari dengan anak, buat aksi lucu atau sengaja melambatkan larian supaya anda kalah. Anak tentu bangga dengan pencapaiannya dan seronok. Anak yang gembira dengan layanan ibu bapanya akan lebih berasa disayangi.  Bayangkan, apa akan jadi jika anda asyik serius sepanjang masa hinggakan anak takut hendak berbual atau meluahkan perasaannya kepada anda. Sebagai ibu bapa, anak adalah tempat untuk anda mencurahkan kasih sayang dan dahan untuk anak berpaut. Apapun, elakkan gurauan yang melampaui batas seperti melanggar batas adab dan agama. Gurauan keterlaluan boleh menyebabkan hilang rasa hormat anak kepada ibu bapa, menyebabkan perselisihan faham atau kecil hati.  Oleh NORAINON OTHMAN Sumber : Harian Metro

Tip Ibu Bapa - Kucup Anak Setiap Hari

Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga. Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia. Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak. Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:  # Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri. # Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan  # Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.  # Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.  # Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.  # Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.  # Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.  # Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.  # Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.  # Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.  # Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.  # Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.  # Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.  # Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa. 

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...