Cinta allah

"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.

Isnin, Disember 14, 2009

sahabat2 ku

Syarat Memilih Sahabat
ini adalah tazkirah yang ana sediakan untuk dibacakan di perhimpunan pagi yang dikelolakan oleh unit ana. harap ianya dapat memberi manfaat kepada anta sekalian. selamat membaca..


Tazkirah pagi pada hari ini akan memperkatakan mengenai syarat – syarat memilih sahabat.

Sidang hadirin sekalian,

Di dalam dunia ini, seluruh manusia selain daripada guru, murid dan ibubapa adalah terbahagi kepada tiga ceraian iaitu:

Ceraian pertama : Orang yang tidak dikenali.
Ceraian kedua : Sahabat karib.
Ceraian ketiga : Orang yang kita kenali (kenal sahaja bukan sahabat karib).

Memilih sahabat bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana sahabat inilah yang akan membantu mencorakkan lagi kehidupan seorang mukmin didunia ini. Seandainya kita tersalah memilih sahabat maka buruklah akhirannya dan begitu juga seandainya kita berjaya memilih sahabat yang baik maka baiklah akhirannya.

Kepentingan memilih sahabat ini sidang hadirin sekalian ada disebutkan oleh imam Al-Ghazali yang mengatakan

"Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka janganlah engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat."

Hujah ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud

"Seseorang itu akan mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.”

Maka apabila saudara / saudari ingin memilih sahabat yang akan menjadi pembantu di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agama dan dunia saudara / saudari maka hendaklah saudara / saudari memilih atau menuntut lima syarat daripadanya iaitu

1. Pilihlah sahabat yang berakal dan bukan orang yang bodoh
Di dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib R.A. pernah berkata:


* Dan jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia.
* Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya.

* Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.
* Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.

* Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).

2. Orang yang baik akhlaknya
kerana orang yang baik akhlaknya akan membawa anda ke jalan yang lurus. Maka janganlah hadirin sekalian bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika ia diransang oleh nafsu syahwatnya.

Dalam hal ini Saidna Ali bin Abi Talib R.A.:
Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu(di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.

 3. Orang yang soleh
Dalam syarat ini, jangan hadirin sekalian bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang takut akan Allah itu tidak mengekali dalam membuat dosa besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Malah pendirian mereka yang fasik ini tidak tetap dan selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Allah berfirman kepada Rasulullah S.A.W. :

" Dan jangan engkau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya. " ( Surah Al Kahfi, ayat 28)

 4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Syarat yang keempat, Janganlah bersahabat dengan orang yang tamak dunia kerana bersahabat dengan orang sebegini adalah racun yang dapat membunuh kerana tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikuti tabiat orang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat, sekira-kira kita tidak menyedarinya. Maka suka sekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Oleh itu, pilihlah sahabat yang zuhud dan bersukalah saudara / saudari bersekedudukan dengan orang yang zuhud kerana ia akan menambah zuhud hadirin kepada dunia.

 5. Orang yang benar.
Bersahabatlah dengan orang yang benar kerana mereka tidak akan menipu hadirin sekalian. Akan tetapi janganlah bersahabat dengan orang yang pendusta. Barangkali ia akan menipu hadirin, kerana ia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat

Tiada ulasan:

Kami di ijabkabulkan~~

......

.....

Daisypath - Personal picture

Daisypath Anniversary tickers

Puteri ku sayang

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Doa setiap bingkisan ku. .panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki pada ibu ku..jadikan suami ku suami soleh anakku anak solehah..amin...pintaku selalu pada Mu Ya Allah...