::Diary Umiliya:: 6677
Isnin, Februari 20, 2012
Ahad, Februari 19, 2012
MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
JANGAN
Jika kamu memancing ikan……Setelah ikan itu terlekat di mata kail……Hendaklah kamu mengambil ikan itu……Janganlah sesekali
kamu
LEPASKAN
ia semula kedalam air begitu sahaja…….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……Keta
jaman mata kail kamu & mungkin ia akan
MENDERITA
selagi ia masih hidup……Begitulah juga……Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN
kepada seseorang ……Setelah ia mulai
MENYAYANGI
kamu……Hendaklah kamu
MENJAGA
hatinya……Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……dan mungkin TIDAK
dapat
MELUPAKAN
segalanya selagi dia masih mengingati kamu……Jika kamu
MENADAH
air biarlah berpada……Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……Cukuplah sekadar untuk
KEPERLUANMU
sahaja……Kerana apabila ia mulai
RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……Begitulah juga……Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH
dia seadanya……Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……Anggaplah dia manusia biasa……
.jpg)
Kerana apabila dia melakukan
KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA
dan
MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayatDan bukannya
MENGHUKUMNYA
dan
MENINGGALKAN
dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi
TERHENTI
begitu sahaja……Jika kamu
MEMILIKI
sepinggan nasi……Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……Yang
MENGENYANGKAN
dan
BERKHASIAT
……Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……Kerana terlalu ingin mengejar
KELAZATAN
……Kelak, nasi itu akan
BASI
sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……Kamu akan
MENYESAL ……
Begitulah juga……Jika kamu telah bertemu dengan seorang
INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa
KEBAIKAN
kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba
MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain……Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN
……Kelak, dia akan
BERJAUH HATI
dan kamu akan
KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain……Kamu juga yg akan
MENYESAL
dan tidak ada gunanya lagi……Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar
KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama
KEBAHAGIAAN
yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan
KESILAPAN
orang yang kita sayang dan akur dengan
KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta
BERSYUKUR
dengan apa yang kita sudah
MILIKI …kita akan BAHAGIA,
BAHAGIA
dan terus BAHAGIA
…itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang
Keajaiban..
keajaiban keanehan x tercapai dek akal buat tatapan semua muslim n muslimah agar yakin segalanya pasti ats setiap kejadian n kehendak Ilahi.. pengajaran n iktibar yg baik kt sbg islam..
kun fa yakun Allah maha berkuasa tiada yg mustahil jika Dia berkehendak
kejadian aneh sejadah berdiri di surau haji kadir pasir panjang
berpusu2 manusia menyerbu surau mlm ni utk mnyaksikn sendiri perkara aneh ini.. smg pengajaran yg baik diperoleh bt semua..
Jumaat, Februari 17, 2012
Sabtu, Februari 11, 2012
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar
syirik (menyekutukan Allah),
membunuh jiwa,
sihir,
meninggalkan solat,
tidak membayar zakat,
berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
meninggalkan haji padahal ada kemampuan
menderhakai ibu bapa,
memutuskan hubungan kekeluargaan,
zina,
liwat,
liwat kecil,
riba’,
memakan harta anak-anak yatim,
berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah,
melarikan diri dari medan perang,
pemimpin penipu dan penganiaya rakyat,
sombong dan sejenisnya,
kesaksian palsu,
minum minuman khamar,
berjudi,
menuduh wanita mukminah berbuat zina,
ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat,
mencuri,
menyamun,
sumpah palsu,
memungut cukai,
memakan barang haram,
bunuh diri,
banyak berdusta,
hakim yang jahat,
menerima rasuah,
perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya)
lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus),
muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta),
tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing,
ria’
menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu,
khianat,
mengungkit ungkit pemberian,
mendustakan takdir,
mendedahkan rahsia orang lain,
mengadu domba,
banyak melaknat,
menipu dan mengingkari janji,
membenarkan dukun atau tukang ramal,
derhaka kepada suami,
melukis gambar dan melukis,
memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah,
bertindak melampaui batas,
bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang,
menyakiti tetangga,
menyakiti orng Islam dan mencela mereka,
ancaman berbentuk kerosakan, penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang,
menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka,
isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong,
memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki,
hamba yang melarikan diri dari tuannya,
menyembelih kerana selain Allah,
menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri,
berdebat dan bersengketa,
menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya,
mengurangkan timbangan dan ukuran,
berasa aman dari murka Allah,
berputus asa dari rahmat Allah,
meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur,
terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan,
menyebabkan kerugian dalam wasiat,
pembohongan dan tipu daya,
mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka,
mencela salah seorang sahabat nabi.
Renungkanlah adakah dosa-dosa ini masih lagi membelenggu anda atau anda telah bebas dari dosa-dosa tersebut…
peringatan
Kata-kata hikmah Sayidina Umar Al Khattab--► Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
--► Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
--► Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
--► Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
--► Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
--► Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
--► Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
--► Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
Cerita khamis malam jumaatsalam semua,,nak citer kenangan bersama keluarga ,,khamis malam,,umi ,,liya n family berkhemah di pantai,,best nyer ,,
walau abah kijer,,,umi tido dgn ,,keluarga ,,kebetulan mlm tu besday girl,,ayoh chik lah bawak anak2 dia dgn kami smeua tido pantai,,best,,seblum tido tu,,abang kiter lh ,,masak mee goreng basah best,,sambil tgk ayoh chik pasang khemah macam askar je,,,
kreatif sungguh ayoh chik
Jumaat, Februari 10, 2012
Ilmu
[PETUA IMAM SYAFIE]
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥ Orang Muda Geng Kita
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥ Orang Muda Geng Kita
Selasa, Februari 07, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)










.jpg)









